Ulasan Peppermint OS 10 - Raspberry Bytes

Latest

Ahad, Mei 10, 2020

Ulasan Peppermint OS 10

Peppermint OS, sistem operasi yang dibina untuk befungsi dengan pantas. Dibangunkan berasaskan Lubuntu. Saya sendiri telah mencubanya pada netbook lama saya. Tapi hasil yang saya perolehi sangat mengejutkan. Netbook saya beroperasi dengan sangat lancar. Saya boleh melayari Internet dan menonton Youtube tanpa hiccup.
Saya mencuba OS ini pada Asus Eee PC 900HA (Intel Atom n270, 1 GB RAM)
Berikut adalah 5 perkara yang menarik tentang Peppermint OS 10 

1. Direka untuk prestasi yang baik pada komputer lama dan baru.
Menulis blog di Eee PC 900HA
Menulis blog dengan Eee PC 900HA

Gambar diatas adalah bukti netbook keluaran 2008 masih boleh menjalankan tugasan ringan seperti menulis blog. Netbook ini asalnya menjalankan Windows XP SP3 32-bit. Tetapi, Windows XP tidak selamat kerana tiada update dan perlindungan antivirus terkini. Jadi bertukar ke Peppermint OS adalah pilihan yang terbaik kerana versi 32-bit masih lagi disediakan.

2. Antaramuka yang moden.
Meh sini saya belanja screenshot...

Aplikasi Files, Peppermint OS 10Aplikasi Files untuk mengakses fail.


Peppermint Control Center, Peppermint OSPeppermint Control Center 


Peppermint Settings Panel, Peppermint OS        Peppermint Settings Panel




   3. Boleh disesuaikan ikut kemahuan
Antaramuka Peppemint OS yang diubahsuai
Antaramuka yang telah diubahsuai

Didalam OS ini, antaramukanya boleh diubahsuai sepenuhnya. Anda boleh ubah lokasi dan design widget, panel dan sebagainya.

Customize Look and Feel, Peppermint OS
Customize Look and Feel
Panel Settings, Peppermint OS
Panel Settings

  • Customize Look and Feel untuk ubah windows design.
  • Panel Settings untuk ubahsuai lokasi dan tambah fungsi panel.

4. Driver tersedia sebaik sahaja Peppermint OS dipasang.
Tidak seperti Windows OS yang kadangkala memerlukan kita mencari driver di website hardware komputer kita. Peppermint OS telah menyediakan pakej driver didalam proses permasangan.


5. Proses kemaskini yang menyeluruh.

Update Manager, Peppermint OS
Update Manager

Pada Update Manager, anda akan dapat melihat semua driver dan aplikasi. Anda boleh memilih apa yang ingin dikemaskini dan tekan install updates.
Jika anda ingin kemaskini semua driver dan aplikasi, anda boleh tekan select all dan tekan install updates. Dengan ini, proses kemaskini dapat dilakukan dengan mudah.



Dipersilakan komen dan kongsi blog ini jika anda suka kerja saya.
Please consider to comment and share if you love my work.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan